
Sulit
4 tahun
Keluar darah tapi bukan period
Hi doc.2 hari lepas(khamis) pada waktu malam,sy perasan ada keluar darah,so sy pkai pad igtkan period wpon period sepatutnya hari ni(sabtu) mgkut period calendar.tp selepas dari mlm tu,xde darah lgsg keluar & keputihan sy masih jernih,bukan seperti wktu period.cek upt pon negatf.adkh tu tanda2 penyakit lain?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Untuk makluman anda, masalah yang anda hadapi ini mungkin boleh disebabkan oleh gejala haid yang tidak teratur yang boleh dipengaruhi oleh aliran hormon wanita anda. Gejala haid tidak teratur ini selalunya merupakan perkara yang biasa dialami oleh segelintir wanita yang sihat, dan selalunya disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon wanita yang mempengaruhi kitaran haid. Masalah ketidakseimbangan hormon ini pula dipengaruhi oleh beberapa faktor am seperti:
- Senaman yang berlebihan
- Berat badan tidak seimbang, seperti terlalu ringan atau terlalu berat (obesity)
- Gangguan stress dan emosis
- Kurang rehat atau tidur
- Pemakanan yang tidak seimbang dan kurang zat-zat penting.
- Penggunaan pil perancang
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa tanpa kebocoran.
Oleh itu, kami sarankan anda untuk mengubahsuai amalan yang disenaraikan di atas bagi mendapatkan kitaran haid yang sihat dan teratur. Bagi situasi anda, haid yang datang awal tidak lagi perlu dibimbangkan, melainkan perkara ia berlarutan dan juga jika anda mengalami senggugut teruk yang tidak terkawal, dimana perkara tersebut perlu diberi perhatian oleh doktor anda dengan kadar yang segera.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tambahan, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.