
Sulit
3 tahun
Keputusan swab test akn dterima di mysejahtera tpi sy bgi no kt doc utk dihubungi utk no yg didaftar di mysejahtera
Slm sejahtera. Sy bru2 ni menjalani swab test dan sdg tertunggu tunggu utk keputusan. Dsbbkan terlalu ramai kt situ sy lupa nk tnya tmpoh keluar result. Ada yg ckp akn kluar di mysejahtera. Jdi sy pun tnya blk bgaimana dorang track mysejahtera sy? Dorang yg pnh swab ni ckp melalui no yg diberikan msa kita daftar utk swab. So skrg ni sy pening sbb no mysejahtera sy lain. No yg sy beri kt doc tu lain itu utk no dihubungi. Jdi mcm mana saya nk buat skrg?

3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas pertanyaan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang keputusan swab test anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk pengetahuan anda, keputusan akan diberikan kepada pesakit melalui panggilan telefon daripada klinik yang anda melakukan ujian saringan ataupun panggilan daripada PKD jika melakukan ujian saringan di Klinik Kesihatan.
Keputusan ujian saringan juga boleh dilihat dengan mengemas kini profil MySejahtera oleh individu pemilik profil sahaja. Jika anda ingin melakukan semakan semula, anda boleh menghubungi pihak klinik yang anda melakukan ujian saringan.
Dalam hal ini, anda masih boleh menerima keputusan swab anda melalui panggilan telefon. Anda hanya perlu menunggu panggilan telefon daripada fasiliti kesihatan di mana anda melakukan ujian saringan.
Saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk maklumat yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapatkan informasi serta maklumat yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini