Delia

6 tahun

Kesan jangkitan chlamydia kepada kehamilan

Beberapa tahun lepas saya pernah dijangkiti dengan Klamidia, tapi saya sudah mendapatkan rawatan daripada doktor. Kini saya dan suami sedang cuba untuk mendapatkan zuriat. Persoalan saya, adakah terdapat kemungkinan perkara yang akan menggangu kehamilan saya disebabkan saya pernah dijangkiti klamidia ini?

Dr Ramzdhan,

6 tahun

Hi! Terima kasih untuk soalan ini.

Jangkitan chlamydia mungkin menyebabkan masalah kesuburan yang boleh mengakibatkan kesukaran untuk hamil. Masalah kesuburan ini boleh disebabkan ketidaksuburan pasangan wanita mahupun lelaki. Ini kerana jangkitan chlamydia boleh membawa kepada penyakit radang pelvik (PID). PID boleh mengakibatkan kesan buruk kepada rahim, ovari and tiub fallopian dan menyukarkan proses kehamilan.

Chlamydia sewaktu hamil boleh memudaratkan bayi dan ibunya. Jangkitan ini boleh menyebabkan keguguran, kelahiran pramatang, dan bayi lahir mati. Bayi yang selamat dilahirkan pula boleh dijangkiti dengan kuman Chlamydia sewaktu proses kelahiran tersebut. Bayi tersebut boleh mendapat jangkitan kuman paru-paru (pneumonia) atau jangkitan mata yang teruk.

Anda dan pasangan anda disyorkan untuk berjumpa dengan doktor dan menjalani ujian Chlamydia dan STD sebagai langkah berjaga-jaga. Sila dapatkan rawatan perubatan secepat mungkin untuk mengelakkan komplikasi yang tidak diingini.

Hai puan, terima kasih atas soalan yang puan ajukan.

Jangkitan klamidia adalah sejenis penyakit kelamin yang disebabkan oleh bakteria Chlamydia Trochomatis. Bakteria ini bukan sahaja memberi kesan kepada kawasan alat kelamin, tetapi juga boleh merebak ke kawasan cerviks, uretra, tiub fallopian, rahim, “nasopharynx” dan epididymis.

Bakteria ini merebak melalui jangkitan alat kelamin sewaktu hubungan seks dilakukan. Ia juga boleh menjangkiti bayi sewaktu dilahirkan oleh ibu yang mendapat jangkitan ini.
Kebanyakan mereka yang mendapat jangkitan ini selalunya tidak mendapat sebarang simtom.

Sesetengah wanita turut mendapat simtom akibat jangkitan pada tiub fallopia yang boleh mengakibatkan jangkitan pada pelvis yang digelar “pelvic inflammatory disease atau PID. Penyakit ini perlu dirawat secepat mungkin dan adalah salah satu kecemasan. Simtom sekiranya masalah ini terjadi adalah:

  • Demam
  • Teramat sakit pada kawasan pelvis
  • Loya
  • Pendarahan haid yang tidak normal antara jangka waktu haid

Bagi wanita, jangkitan chlamydia yang melarat hingga ke tahap PID boleh merosakkan rahim, cerviks dan ovari. Walaupun tidak mendapat PID, jangkitan chlamydia yang merebak ke tiub fallopia boleh menyebabkan tiub tersebut rosak. Wanita yang mendapat komplikasi sebegini mungkin akan menghadapi masalah untuk hamil.

Sekiranya hamil, wanita yang tidak dirawat boleh memindahkan jangkitan ini kepada bayinya. Jangkitan ini juga boleh menyebabkan masalah kepada organ reproduktif lelaki. Anda dan pasangan dinasihatkan agar berjumpa dengan pakar sakit puan bagi mendapatkan pandangan serta nasihat sekiranya ingin merancang kehamilan.

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Penuaan (16) Darah Tinggi (418) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (52)