jospie31
5 tahun
Tempoh untuk melakukan hubugan seks
Saya remaja usia 20 tahun, sya pernah menghidapi penyakit kelamin jenis Chlamydia dan telah mendapatkan rawatan, bolehkah saya melakukan hubugan seks dengan pasangan saya yang tidak ada penyakit kelamin Dan belum mendapatkan rawatan masalah kelamin Dan berapa lama tempoh yang saya tunggu untuk melakukan hubugan seks tanpa kondom setelah saya pulih sepenuhnya?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, perawatan chlamydia biasanya terdiri daripada dua jenis yaitu single dose dan regimen 7 hari. Kedua-dua jenis perawatan memerlukan anda untuk menahan diri daripada melakukan hubungan seksual selama sekurangnya 7 hari sampai gejala anda hilang untuk mengelakkan anda dan pasangan saling menjangkiti.
Selain daripada itu, oleh kerana penyakit ini berjangkit, sebaiknya anda memastikan pasangan seks anda (semua pasangan sampai selama sekurang-kurangnya 60 hari sebelum terkena Chlamydia) untuk melakukan pemeriksaan Chlamydia juga. Hal ini adalah untuk mengelakkan anda terkena lagi seandainya anda berhubungan dengan pasangan tersebut.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.