
Sulit
4 tahun
Ketulan besar berwarna putih seperti lemak bercampur darah beku keluar ketika haid
Sy berusia 28 thn,sudah berkahwin selama 2 thn 3 bln. Pernah keguguran pada 7/2018. 2 bulan berturut-turut,period sy amat sedikit,hanya keluar seperti spotting. Sy telah pergi membuat pemeriksaan ultrascan dan semuanya ok, pregnancy test -ve. Doktor mencadangkan sy mengambil pil hormon dan selepas 21 hari mengambil pil hormon,hari ke 23 sy period. Hari 1-3 darah yang keluar berwarna coklat kehitaman. Manakala hari ke 4 sy rasa seperti senggugut dan bila pergi ke tandas,sy amat terkejut bila melihat ketulan itu keluar,sy bertanya kawan sy seorang doctor,dan dia mengatakan itu adalah tisu dari dinding rahim. Adakah ianya berbahaya? Ketulan itu sebesar tapak tangan.

4 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Kami faham kebimbangan anda terhadap masalah yang anda hadapi. Untuk maklumat anda, masalah ini boleh disebabkan oleh:
- Pendarahan implantasi kehamilan
- Sesetengah wanita mengalami spotting (keluat cecair coklat) sewaktu ovulasi
- Perubahan hormon akibat perkara seperti gangguan emosi, tekanan, aktiviti harian yang sibuk dan kegiatan lasak
- Terdapat ketumbuhan polip atau fibroid di dalam rahim
- Perimenopaus
- Tisu endometrium
- Perancangan kehamilan seperti suntikan depot, pil dos rendah atau pil progestin sahaja, IUD hormon
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dan rawatan yang paling tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan fizikal adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.