ainnatul15
5 tahun
Kitaran haid (haid tak datang)
Assalamualaikum, Doktor. Saya aina. Berumur 28 tahun. Belum berkahwin. Saya mempunyai masalah haid tidak datang. Last haid saya adalah pada 15/2/2019.
Durasi haid saya adalah normal. 7hari tempoh haid.
Kebiasaannya masalah ini terjadi ketika saya dalam keadaan stress (ketika exam). Namun, sekarang ini saya rasa, saya tiada masalah yang menyebabkan saya stress.
Saya juga keluar berjogging seminggu sekali.
Mohon doktor dapat kongsikan pandangan doktor. Terima kasih.
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Kedatangan haid yang lambat berlaku akibat pelbagai sebab selain daripada kehamilan.
- Tekanan hidup.Tekanan boleh mengubah tahap hormon anda, menukar rutin harian anda, dan juga menjejaskan bahagian otak anda yang bertanggungjawab untuk mengawal kitaran haid anda iaitu kelenjar hypothalamus.
- Berat badan yang rendah juga akan mempengaruhi kitaran haid seseorang. Wanita dengan gangguan pemakanan, seperti anoreksia nervosa atau bulimia, mungkin mengalami ketiadaan haid untuk tempoh yang lama.
- Akitivit fizikal yang melampau seperti maraton juga boleh menghentikan kitaran haid juga. Sama seperti berat badan yang rendah boleh menyebabkan perubahan hormon, begitu juga dengan berat badan berlebihan.
- Penggunaan pil perancang keluarga yang menghalang ovari anda daripada melepaskan telur. Ia boleh mengambil masa sehingga enam bulan untuk kitaran anda menjadi konsisten lagi selepas menghentikan pil.
Saya sarankan anda berjumpa dengan doktor jika masalah ini berterusan. Untuk mengetahui punca sebenar masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut tentang latar belakang kesihatan anda, pemeriksaan dan ujian mungkin perlu dijalankan. Anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih