Anonymous
5 tahun
Masalah Haid yang tidak teratur
Saya berumur 33 tahun…dahulu kitaran haid saya teratur…tetapi sejak tahun 2019…ia menjadi mula tidak teratur…bulan 1 dan bulan 2…masih teratur seperti biasa…namun pada bulan 3…saya langsung tidak haid…kemudian pada 1 april 2019 saya datang haid…walhal sebelum tu kitaran haid saya pada setiap akhir bulan…so jangkakan saya akan uzur kemudian pada 1 mei 2019…kerana tanda tanda datang haid itu sudah ada…namun sekali lagi kitaran haid saya lambat…sehinggalah…pada 6 mei…sewaktu berpuasa…saya check ada cecair pekat berwarna merah hitam tetapi kuantitinya amatlah sedikit…walau bagaimana pun …tiada darah haid yang keluar…mohon pencerahan doktor…saya bimbang ada penyakit lain…terima kasih doktor
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.