Sulit
3 tahun
Masalah sakit tengkuk , tengkuk rasa berat seperti ada beban dan tekanan
Hello doktor , saya lelaki berumur 28 tahun . Saya dah hampir seminggu rasa sakit tengkuk belakang kiri.Tengkuk terasa berat dan seperti ada beban atau tekanan bila duduk lama.Kadang ok kadang terasa balik . Tengkuk masih bole bergerak tanpa rasa sakit , cuma tekanan dan rasa beban tu buat rasa tak selesa . Bila rasa sakit tengkuk tu kadang kadang sakit kepala sedikit kadang tidak . Tiada rasa loya atau nak muntah pun. Jadi , apa masalah yang saya hadapi ini ya jika doktor boleh bantu . Terima kasih .
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas pertanyaan anda.
Berdasarkan penerangan anda, kami memahami anda mengalami sakit pada bahagian tengkuk belakang sebelah kiri. Kami akan cuba membantu anda.
Masalah anda boleh disebabkan oleh beberapa perkara yang berikut :
- Posisi tidur yang tidak baik
- Kecederaan pada bahagian tengkuk
- Kekejangan otot
- Sakit kepala tekanan
- Sakit kepala kluster
Untuk mendapatkan diagnosis yang tepat, anda perlu merujuk kepada doktor. Anda boleh mendapatkan konsultasi atas talian bersama doktor kami supaya kami dapat membantu anda mengetahui punca masalah anda dan cara merawatnya.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.