Sulit
3 tahun
Bunyi bederak di Tulang belikat ketika diusik
Saya wanita berumur 25 tahun.Saya nengalami sakit tulang belikat sejak akhir2 ini.Tapi jika diusik tulang itu ada bunyi berderak.Kenapa ya doktor? Dan bunyi itu hanya disebelah Kiri.Sakit tu terase dekat tengkuk,bahu dan juga sampai ke tangan
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang masalah kesihatan tulang belikat anda.
Berdasarkan penerangan yang telah diberi, anda menghadapi masalah sakit di bahagian tulang belikat, tengkuk, bahu dan tangan. Saya akan memberikan maklumat berkaitan situasi anda sebaik mungkin.
Untuk makluman anda, gejala anda alami ini boleh disebabkan oleh beberapa perkara, contohnya:
- Kecederaan otot sekeliling
- Keradangan sendi
- Bahu beku
- Gangguan saraf
- Kecederaan pada tulang
- Penyakit saluran darah
Anda perlu mendapatkan nasihat doktor untuk mengetahui diagnosis yang tepat agar rawatan yang bersesuaian dapat diberi.
Saya harap jawapan saya mencukupi, namun jika anda ingin mendapatkan keterangan lanjut, anda boleh menghubungi doktor atau pakar kami untuk bercakap dengan mereka secara atas talian. Terima kasih.