
Sulit
4 tahun
Mual selepas bersenam
Hari tu saya ade buat senaman secara mengejut n agak melampau sambil hati keadaan sgt marah. Pada hari tersebut saya mengah2 n muntah2.sudah hampir dua minggu,masalah tu masih ade cuma kurang sikit.saya dh jumpa dua doktor,dua2 ckp saya muscle pain.saya jarang makan ubat muscle pain yg diberi.dada saya TIADA tanda mencucuk2 ataupun sakit. Tp betul ke saya muscle pain atau ada masalah kaitan dengan jantung? cbb setiap pagi je saya bangun langsung xde tenaga… rasa mcm 0.padahal malam tu saya makan.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Pihak kami percaya doktor tersebut telahpun melakukan pemeriksaan yang sewajarnya keatas diri anda. Perbanyaakkan berehat dan elakkan bersukan secara mengejut tanpa aktiviti pemanas badan. Bersukan secara berhemah dengan mengikut langkah dan kaedah yang betul. Sila patuhi nasihat dan panduan yang telah diberikan oleh doktor anda.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah/gejala yang anda hadapi. Bagaimanapun, maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki. Terdapat pelbagai soalan yang perlu ditanyakan. Namun, secara umum, rasa mual boleh disebabkan oleh beberapa perkara, antaranya ialah:
- kekurangan gula dalam tubuh
- kekurangan rehat atau tidur
- rutin makan yang kurang sihat
- tanda-tanda dehidrasi
atau ia juga boleh disebabkan oleh:
- jangkitan kuman yang disertai keracunan makanan
- gangguan saluran pencernaan
- gangguan penyakit yang memerlukan pemeriksaan yang lebih khusus
Khusus sekiranya anda seorang wanita, ia juga boleh menandakan:
- kehamilan
- gangguan kitaran haid
- gangguan hormon
- mahupun gangguan organ wanita
Untuk mengetahui punca masalah ini, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat.
Oleh itu, jika masalah ini berlarutan, anda disarankan untuk berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh ke mana-mana klinik berdekatan untuk melakukan ujian kencing kehamilan ataupun melakukan ujian darah yang memberikan keputusan yang lebih tepat.
Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Jawapan ini hanyalah keterangan am tentang hal ini. Terima kasih