Sulit
2 tahun
Masalah penghadaman bila lepas makan
sy selalu rs tk selesa tiap kali lps mkn, perut sy rasa mcm penuh n kembung, tiap kali lepas makan mesti sy akan muntahkan balik makanan yg sy makan baru rs selesa sikit, sy nak tanya bahaya tak kalau selalu buat mcm tu?
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang masalah kesihatan anda.
Berdasarkan penerangan yang telah diberi, saya faham akan kebimbangan anda dan akan cuba untuk menjelaskan situasi anda dengan baik.
Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Gangguan asid seperti penyakit refluks gastroesophageal (Gastroesophageal reflux disease, GERD) dan penyakit ulser peptik (Peptic Ulcer disease, PUD)
- Gastrik
- Keradangan seperti gastritis helicobacter pylori atau ubat anti-radang bukan steroid (Non-steroidal anti-inflammatory, NSAID)
- Hakisan berkaitan ubat (NSAID)
Memandangkan masalah ini telah berterusan secara berlangsungan, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Kami berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.