Sulit
3 tahun
Pening, rasa mual2, dan nak muntah sentiasa nak baring
Saya perempuan 35th. Sejak 2 3 hari ini, saya sering pening dan rasa mual2. Sya sudah makan penadol ibuprofen pun masih lagi pening dan mual. Rasa berdebar2. Kalau berjalan terasa nak jatuh, mual2 rasa nak muntah dan sentiasa nak baring sja. Kadang tangan rasa bergetar. Apa masalah ini doctor? Tolong jelas kan. Terima kasih.
3 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, masalah tersebut boleh disebabkan beberapa faktor seperti:
- kekurangan gula dalam tubuh
- tekanan darah rendah
- kekurangan rehat atau tidur
- rutin makan yang kurang sihat
- tanda-tanda dehidrasi
- faktor psikologi
atau ia juga boleh disebabkan oleh:
- alahan dari pemakanan
- jangkitan kuman yang disertai keracunan makanan
- gangguan saluran pencernaan
- gangguan penyakit yang memerlukan pemeriksaan yang lebih khusus
Khusus sekiranya anda seorang wanita, ia juga boleh menandakan:
- gangguan kitaran haid
- gangguan ketidakstabilan hormon
- mahupun gangguan organ wanita
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan. Anda juga boleh mendapatkan konsultasi secara atas talian bersama kami untuk mendapatkan maklumat yang lanjut mengenai masalah anda.
Kami berharap jawapan kami dapat membantu anda. Terima kasih.