
Sulit
5 tahun
Nafas Pendek Seteleh Pulang Travel
Hai, saya baru pulang dari luar negara iaitu bali, setiap hari akansaya akan pkai mask dekat sana dsn sembur disinfectant di bilik dan diri sndri. DPerlu saya jalani ujian sariangan covid? Please advise.

5 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih kerana mengajukan soalan. Gejala nafas pendek boleh disebabkan oleh:
- Anemia
- COPD
- Asma
- Jangkitan bakteria atau virus
Memandangkan anda baru pulang dari luar negara, anda harus kuarantin selama 14 hari.
Memandangkan anda mempunyai gejala kesukaran bernafas, anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya.
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini