
Anonymous
5 tahun
Period Terlalu Cepat
Saya wanita dalam 20’an. Kitaran period saya memang terganggu sejak saya mula period pada umur belasan tahun. Saya selalu period cepat selepas period pertama datang dalam satu bulan. Pernah terjadi satu bulan saya period 3/4 kali dengan pendarahan 5 hari selang berhenti kemudian datang semua 3 hari kemudian berhenti kemudian datang lagi. Saya sering period 2 kali sebulan dan kadang kitaran terlampau cepat. Minggu lepas saya baru habis period, selang 4 hari saya akan period balik. Kadang selang 2 minggu, kadang selang seminggu. Adakah benda ini normal atau tidak normal?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman anda, kitaran haid normal bagi wanita adalah antara 21-35 hari. Haid anda yang datang 3-4 kali sebulan bersama pendarahan yang berpanjangan merupakan satu perkara yang perlu dikenal pasti puncanya kerana ia tidak normal. Antara punca haid berpanjangan, berlebihan atau terlalu kerap adalah:
- Hormon tidak seimbang akibat diabetes, obesity, PCOS atau tiroid
- Ketumbuhan fibroid atau polip
- Dysfunctional uterine bleeding
- Penggunaan alat IUD
- Kanser rahim atau cerviks
- Masalah pembekuan darah
- Kesan sampingan ubat-ubatan
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.