Sulit
6 tahun
Sakit tekak anak 13 thn sakit tekak dan selsema serta bersin
Anak lelaki 3 thn soalt jumaat mggu lps . Ada jemaah yang telah disahkan ada covid9 . Anak mengalamai sakit tekak. Dan tlh gaggle dgn air garam skrg da ok. Cuma lps tu dia dpt selsema sehingga hari ni. Dan kdg2 bersin2. Adakah patut jalani saringan? Dimana sy boleh bawa anak utk saringan kesihatan? Di shah alam atau subang jaya?
6 tahun
alam sejahtera, gejala sakit tekak ini boleh disebabkan oleh masalah kesihatan seperti berikut:
- Jangkitan bakteria atau virus
- Radang tonsil
- Kecedraan pada tekak
- Allergic Rhintis
Sekiranya anak anda mempunyai kontak rapat dengan sesiapa yang positif untuk COVID-19, anak anda digalakkan untuk membuat ujian saringan di mana-mana hospital dalam senarai ini. (Designated Hospital for COVID-19).
Namun sekiranya tiada kontak rapat, anak anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatannya berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anank anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya.
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini

































