Sulit
4 tahun
Sakit tekak lepas kuarantin 10 hari
Saya umur 36. Saya pisitif covid
Esok 30.08.2021 saya akan tamat kuarantin 10hari. Tapi hari ni start sakit tekak. Jadi perlukah sayake pusat CAC atau ke LSC ubtuk potong gelang?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Untuk makluman anda, mengikuti garisan panduan covid-19 terkini, sekiranya gejala anda telah sembuh atau berkurang dan keputusan ujian terkini adalah negatif, anda akan dibenar untuk bebas dari kuarantin walaupun masih bergejala sakit tekak. Oleh itu, anda perlu merujukkan gejala anda kepada doktor anda supaya arahan terkini boleh diketahui.
Mungkinnya anda perlu sambung kuarantin ataupun boleh potong gelang dan dibenar penamatan kuarantin anda berdasarkan perkembangan gejala anda serta keputusan ujian covid terkini anda.
Sekiranya anda telah bebas dari kuarantin, sila mengikuti SOP dengan tegas, pakai mask, rajin basuh tangan dan jarakkan diri sama lain, sebab serpihan virus masih ada dalam badan anda seawalnya 2 minggu setelah kuarantin. Maksudnya anda masih berisiko rendah untuk menyebarkan jangkitan kepada orang lain.
Untuk maklumat lanjut, anda boleh menghubungi jabatan berkaitan CPRC dengan talian 0388810200/+60178429454.
Anda juga boleh mendapatkan maklumat lanjut berkenaan perkara ini daripada doktor atas talian kami.
Kami berharap jawapan kami dapat membantu anda. Terima kasih.
Sila klik pada link in untuk bercakap dengan doktor.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini


































