Sulit
6 tahun
Saringan covid19 bagi yang menunaikan umrah
Saya dan keluarga baru pulang dari umrah (Arab Saudi) pada 2/3/2020. Anak saya mengalami demam panas selama 2 hari tanpa batuk dan selsema pada 5&6/3/2020. Pada 7/3/2020 beliau baik dari demam tetapi mengalami selsema sehingga harini 8/3/2020. Perlu atau tidak untuk dia melakukan saringan Covid19/Mers Cov? Bagaimana ahli keluarga yang lain yang sihat, adalah perlu kuarantin selama 14 hari atau boleh melakukan aktiviti seperti biasa spt bekerja dll?
6 tahun
Selamat sejahtera,
Terima kasih atas soalan yang diajukan. Saya difahami anda baru pulang dari Arab Saudi anak anda mengalami simptom demam, batuk dan selsema.
Berdasarkan simptom berikut anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya.
Sebagai langkah berjaga-jaga anda dinasihatkan agar sentiasa peka dan memerhatikan tanda-tanda jangkitan seperti sesak nafas ataupun demam sekurang-kurangnya selama 14 hari. Jika anda mula untuk menunjukkan simptom Coronavirus, anda perlulah melaporkan diri ke hospital ataupun klinik dengan kadar segera.
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/

Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini


































