Sulit
4 tahun
Saya kontak rapat pada 2/9 dan mengalami sesema dan sakit tekak pada 6/9
saya merupakan kontak rapat keda rakan sekerja pada 2/9. saya ada berjumpa dgnnya pada waktu makan dgn tidak memakai pelitup muka selama lebih kurang 10 minit. sekiranya saya membuat swab dia klinik kerajaan. perlukah saya diapkaikan gelang kuarantin?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, Kontrak rapat adalah mereka yang terdedah kepada kes positif kurang daripada jarak satu meter dan melebihi 15 minit. Oleh itu, saya mencadangkan anda melakukan ujian swab test PPCR secepat mungkin untuk mengetahui keadaan sebenar anda. Selepas itu, anda hendaklah kuarantin mandiri di rumah selama 10 hari. Jika keputusan ujian swab anda adalah positif, anda akan dipakaikan gelang.
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.

Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini

































