oasma533
6 tahun
Saya sudah selsema dan sukar bernafas semenjak 2 minggu
Hai doktor. Saya lelaki berumur 17 tahun. Saya sudah selsema batuk dan sukar bernafas semenjak 2 minggu yang lalu dan sekarang saya mulai demam dan tekak saya mulai sakit. Kepala selalu pening terasa ringann. Lenguhh satu badan jadinya. Apa pendapat doktor tentang kondisi kesihatan saya sekarang
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Sekarang kita sedang mengalami wabak coronavirus. Oleh itu, kami memahami kebimbangan anda.
Oleh kerana anda mengalami simptom sukar bernafas, selsema, batuk, demam, sakit tekak, pening dan lenguh badan, anda perlu untuk melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya.Sekiranya anda berisiko tinggi, ujian saringan di klinik kesihatan atau hospital kerajaan perlu dijalankan.
Selain daripada jangkitan COVID-19, gejala yang anda alami, boleh disebabkan oleh masalah kesihatan seperti berikut:
- Jangkitan bakteria atau virus seperti virus Influenza
- Asma
- Allergic Rhinitis
- Pneumonia
- Penyakit tibi
- Demam denggi
- Malaria
- Penyakit kencing tikus
- Anemia - kurang darah merah
Anda digalakkan untuk mendapatkan rawatan segera kerana masalah sukar bernafas adalah satu simptom yang serius.
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/
Terima kasih dan semoga cepat sembuh.

Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini

































