Sulit
6 tahun
Saya tak pasti samada perlu pergi buat test Covid19 atau tak?
Saya telah pergi Ke KL daripada sarawak untuk menghadiri mesyuarat di putra jaya. Pada 2 march saya bertolak pagi, balik 3 march malam. Mengikut tempoh tersebut, merupakan tempoh perjalanan untuk peserta tabligh yang telah menghidap covid 19.
selain itu, saya merupakan pensyarah politeknik kuching. Salah seorang pelajar saya merupakan PUI yang sedang kuarantin di SGH, menunggu keputusan daripada pihak hospital. Kini, saya merasa terdapat kahak di kerongkong, dan ada gejala batuk. Perlukah saya menjalani ujian saringan untuk covid 19? Perlukan saya kuarantinkan diri saya selama 14 hari? Ataupun, gejala batuk saya tidak perlu dirisaukan?
6 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Sekarang kita sedang mengalami wabak coronavirus. Oleh itu, kami memahami kebimbangan anda.
Untuk makluman anda, gejala jangkitan coronavirus adalah sangat umum dan mirip dengan banyak masalah lain. Oleh hal yang demikian, dengan hanya gejala yang dialami, sukar untuk memberi kesimpulan sama ada anda dijangkiti virus tersebut atau tidak.
Justeru, anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya.
Simptom yang anda alami kini boleh juga disebabkan sakit berikut:
- Jangkitan pada kerongkong
- Jangkitan saluran pernafasan
- Radang tonsil
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/

Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini

































