Sulit
5 tahun
Sudah buat swab RTK & PCR,result positif.Dah kuarantin di rumah & pusat kuarantin selama 21hari.Tetapi masih ade gejala seperti selsema dan lain-lain kenapa ya?
Sy wanita berumur 29thun.dan sudah berkahwin.sy dh buat swab RTK dan PCR result positif.dan sy juga dh kuarantin selama 21hari di rumah dan di pusat kuarantin. Tapi lepas habis kuarantin di sana, badan sy jd panas dlm,selsema,sakit dlm hidung,pening,badan terasa lemah,sakit tekak mcm ade cecair dlm tekak. Dan sy hanya mkn ubat shj skrg ni. Kenapa jadi mcm tu ya?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, sukar untuk kami katakan punca masalah yang dialami oleh anda dan disebabkan anda masih bergejala, hal ini memerlukan perhatian dan pemeriksaan lanjut oleh doktor. Oleh itu, kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor secepat mungkin supaya pemeriksaan lanjut dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda. Selain itu, maklumat lanjut mengenai sejarah kesihatan anda juga perlu diketahui dengan lanjut.
Terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan anda mengalami gejala yang dialami selain daripada COVID-19:
- Polip hidung
- Selsema
- Radang hidung
- Radang sinus (sinusitis)
- Jangkitan telinga
- Radang tekak (laryngopharyngitis)
Tingkatkan ketahanan sistem imun tubuh dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat.
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.

Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini

































