Sulit
2 tahun
Susah nak berak selepas pembedahan appendiks
Saya lelaki berusia 19 tahun yang baru sahaja selesai pembedahan appendiks semalam. Saya sudah makan beberapa kali selepas pembedahan. Namun,sampai sekarang saya masih tidak dapat membuang air besar dan mengalami sedikit sakit perut.
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk pengetahuan anda, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan masalah yang anda hadapi iaitu:
- Buasir
- Anal fissure
- Jangkitan dalam dubur
- Cyst pada bahagian dubur
- Masalah pada saraf pudendal
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.