Sulit
6 tahun
Tiada simptom selama tempoh kuarantin dan pernah melawat korea
Saya lelaki berumur 28 tahun dan berkerja. Pernah melawat ke korea dan telah pulang dan self kuarantin di rumah selama 14 hari. Sepanjang tempoh kuarantin, tiada simptom seperti sakit tekak, batuk, selsema dan demam yang dialami.
Saya telahpun menjawab risiko ncov secara online.
Adakah saya masih perlu menjalani ujian saringan covid di hospital supaya saya dapat meneruskan semula kerja di pejabat seperti biasa? Ataupun sekadar mendapatkan pengesahan dari doktor di klinik dengan mengisi borang annex10a bahawa saya bebas dari covid?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera.
Terima kasih untuk soalan anda dan syabas atas usaha anda untuk mengelakkan potensi penyebaran COVID-19 dengan menjalani kuarantin. Berdasarkan keterangan anda, anda langsung tiada sebarang symptom yang menunjukkan jangktan COVID-19. Anda digalakkan untuk mendapat pengesahan dari doktor KKM untuk mengesahkan bahawa anda tiada virus COVID-19. Anda boleh melakukan ujian untuk COVID-19 di hospital-hospital dalam senarai ini. (Designated Hospital for COVID-19). Kami juga menyediakan service home testing yang boleh didapati di link berikut: COVID-19 Screening At Home
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/.

Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini

































