Sulit
6 tahun
Tidak selesa pada tekak sejak hari Sabtu 9 Mei dan kadang-kadang mengalami pening kepala tapi untuk tempoh yang sekejap
Hi doktor. Saya berumur 36 tahun. Sejak hari Sabtu 9 Mei 2020 saya mula berasa tidak selesa pada tekak dan keadaan masih sama pada hari ini. Tapi saya tidak mengalami sebarang rasa sakit atau masalah semasa menelan makanan dan minuman. Kadang-kadang saya mengalami pening kepala yang terasa seperti berdenyut-denyut dan ia datang untuk tempoh masa yang sekejap. Adakah saya perlu mebuat pemeriksaan kesihatan? kerana saya bimbang dengan virus yang ada ketika ini. Untuk makluman doktor, saya tidak pernah pergi ke luar negara pada tahun ini dan saya juga bukan kontak rapat kepada mana-mana orang yang disahkan pasti dijangkiti Covid 19. Saya hanya keluar rumah apabila perlu membeli barang keperluan dan pada 8 Mei saya ke pejabat di Putrajaya bagi giliran saya bertugas. Selain daripada itu, saya hanya berada di rumah dan tidak keluar ke mana-mana.
6 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Kami faham kebimbangan anda terhadap masalah yang anda hadapi. Untuk maklumat anda, masalah sakit tekak boleh disebabkan oleh:
- Allergic rhinitis
- Tonsilitis
- Pharyngitis
- Jangkitan bakteria atau virus yang lain
Menurut WHO, simptom-simptom COVID-19 yang lazim dilaporkan ialah:
- Demam (lebih daripada 37.5 darjah celsius)
- Keletihan
- Batuk
- Lenguh dan sakit sendi
- Sakit tekak
- Sakit kepala
- Kesukaran bernafas
Anda perlu khuatir jika anda baru pulang dari negara yang terjejas teruk dengan wabak COVID-19 atau anda mempunyai kontak rapat dengan mereka yang SAH dijangkiti COVID-19. Oleh itu, anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya.
Pengendalian ujian ini adalah bergantung kepada pengamatan dan evaluasi daripada doktor setelah melakukan pemerhatian klinikal, pemeriksaan serta mengetahui sejarah sakit. Jika anda menunjukkan simptom jangkitan dan pernah berkunjung ataupun berada dekat dengan tempat yang terjejas, sebaiknya anda mendapatkan ujian ini.
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini

































