Sulit
5 tahun
Tindakan setelah positif RTK-Ag
Petang 27/6 ibu saya telah membuat swab test RTK-Ag di klinik swasta dan keputusannya positif. Kami dinasihatkan supaya kuarantin 10 hari di rumah dan rujuk kepada hospital untuk ujian PCR. Saya nak tanya patut ke saya tunggu KKM call untuk buat PCR test untuk ibu saya dan kami (kontak rapat) atau bolehkah kami keluar ke hospital untuk membuat ujian tersebut? Adakah betul walk in ke CAC hanya boleh dilakukan jika test PCR positif sahaja? Saya telah mengemaskini status ibu saya dia aplikasi Mysejahtera dan menunggu pengesahan.
5 tahun
Salam sejahtera.
Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami memahami ibu anda positif RTK-Ag dan anda adalah kontak rapat. Anda ingin mengetahui langkah-langkah perlu diambil. Kami faham kebimbangan anda pada waktu wabak Covid ini dan kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, kumpulan yang wajib membuat ujian adalah kontak rapat dan juga mereka yang mempunyai gejala. Ibu anda perlu menjalani ujian PCR bagi mengesahkan beliau dijangkiti virus Covid dan akan dihubungi oleh pihak KKM. Anda juga boleh mendapatkan appointment di klinik/hospital untuk menjalani ujian PCR. Anda boleh menghubungi CAC berdekatan untuk mendapatkan saringan. Selain itu, anda juga perlu kuarantin di rumah dan memantau keadaan ada pada masa ini. Sekiranya anda atau ahli keluarga anda mengalami gejala atau gejala bertambah teruk, sila hubungi pihak kesihatan dengan kadar segera.
Gejala yang dialami oleh setiap individu adalah berbeza. Namun begitu, simptom-simptom yang lazim dilaporkan adalah :
- Demam (lebih daripada 37.5 darjah celsius)
- Keletihan
- Batuk
- Lenguh dan sakit sendi
- Sakit tekak
- Sakit kepala
- Kesukaran bernafas
Selain itu, anda dinasihati untuk mengamalkan kebersihan tangan dengan baik dan memakai topeng muka.
Untuk maklumat tambahan, anda boleh menghubungi CPRC di talian 0388810200/+60178429454.
Anda juga boleh berhubung dengan doktor kami untuk mendapatkan nasihat dan menjalani saringan secara atas talian.
Kami berharap jawapan kami dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.

Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini


































