Sulit
6 tahun
Ujian Saringan Covid-19
Assalamualaikum/Salam Dr.,
saya ingin bertanya berkenaan dengan ujian saringan Covid 19. Saya baru balik dari Padang, Indonesia (7 Mac 2020) setelah berada di sana selama 5 hari. Sepanjang keberadaan saya di sana, saya telah mengalami demam, sakit tekak & batuk. Sekarang, saya masih ada batuk & selesema (tidak demam). Jadi saya ingin bertanya, perlu ke saya menjalani ujian saringan covid-19?
Sekian, terima kasih.
6 tahun
Salam Sejahtera.
Terima kasih mengajukan soalan anda. Saya faham mengenai kebimbangan anda mengenai risiko jangkitan COVID-19 setelah balik dari Padang, Indonesia baru- baru ini. Anda juga pernah mengalami simptom-simptom seperti demam, sakit tekak dan batuk semasa di sana dan masih mengalami batuk dan selesema.
Oleh kerana anda baru sahaja kembali dari negara Indonesia anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya.
Selain daripada jangkitan COVID-19, simptom-simptom yang dialami oleh anda boleh juga disebabkan oleh masalah kesihatan seperti berikut:
Punca Punca batuk:
-Jangkitan bakteria atau virus yang lain
-Asma
-Allergic Rhinitis
-Radang Paru-Paru
-Penyakit tibi
-COPD
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/
Saya berharap anda akan sembuh dengan secepat mungkin.
Sekian

Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini


































