Demam adalah penyakit yang sangat biasa dalam kalangan kanak-kanak dan dewasa. Ia merupakan salah satu simptom sekiranya badan mempunyai infeksi atau jangkitan seperti jangkitan bakteria dan virus. Tahap suhu demam untuk kanak-kanak dan dewasa adalah berbeza. Seorang kanak-kanak mengalami demam apabila suhu badannya melebihi 37.5 darjah Celsius manakala bagi orang dewasa suhu badan yang melebihi 37.5 hingga 37.7 darjah Celsius adalah demam.
Jenis ubat- ubat demam
Demam yang tidak serius boleh diubati dengan ubat sakit kepala Panadol manakala demam yang serius harus dirawat dengan antibiotik. Ubat demam dewasa adalah seperti Acetaminophen (Tylenol) atau Ibuprofen (Advil, Motrin IB).
Amalan yang boleh meredakan demam
Bagi merawat demam yang tidak serius (suhu tidak terlampau tinggi), boleh mencuba petua demam panas untuk membantu menurunkan suhu badan.
Pertama, mandi dengan air suam kerana ia boleh membantu menurunkan lagi suhu badan dan semasa demam, air suam juga akan rasa seperti air sejuk. Ia adalah tidak dinasihatkan untuk menurunkan demam secara mendadak dengan menggunakan air sejuk. Hal Ini kerana ia akan menyebabkan darah memasuki organ untuk melindungi badan anda dari suhu yang terlampau sejuk dan ini akan menyebabkan badan anda menjadi lebih panas. Selain itu, mengelap badan dengan air suam terutamanya di kawasan yang mempunyai suhu tinggi seperti bawah lengan dan celah paha boleh membantu dalam mengurangkan suhu badan.
Kedua, minum air yang banyak kerana ia adalah amat mudah untuk badan menjadi dehidrasi semasa demam. Minum sekurang-kurangnya 8 hingga 12 gelas air sehari atau secukupnya sehingga warna air kencing menjadi jernih.
Jus oren atau jus buah-buahan yang kaya dengan vitamin C seperti nenas juga adalah pilihan yang bagus kerana vitamin C boleh membantu sistem imun melawan jangkitan.