Merancang Keluarga Dengan Cincin Faraj. Adakah Berkesan?
Cincin Faraj
Cincin faraj adalah cincin plastik kecil untuk dimasukkan ke dalam faraj. Cincin perlahan-lahan melepaskan dua hormon sintetik (estrogen dan progestogen) ke dalam darah. Mereka meniru atau mimik hormon semulajadi, estrogen dan progesteron, yang dihasilkan oleh tubuh wanita.
Bagaimana Ia Berfungsi?
Cincin berfungsi dengan cara yang sama seperti pil kontraseptif oral dan kontraseptif tampalan dan mencegah kehamilan dengan:
• Mencegah pembebasan telur.
• Membuat lendir di pintu masuk rahim lebih tebal, sehingga menyukarkan sperma masuk.
• Menipiskan lapisan rahim, menjadikan telur yang tersenyawa lebih sukar ditanam atau melekat.
Keberkesanan Cincin Faraj
Ia berkesan sehingga lebih dari 99% jika digunakan dengan betul dan mengikut arahan.
Bagaimana Cara Menggunakan Cincin Faraj?
Cincin ditinggalkan di dalam faraj anda selama 21 hari. Kemudian, dikeluarkan pada hari yang sama sekitar hari ia diletakkan diletakkan, dan jangan gunakan cincin baru selama 7 hari. Cincin baru dimasukkan selepas selang jarak masa ini, pada hari yang sama sewaktu ia mual dimasukkan. Sebelum menggunakan cincin faraj, baca risalah maklumat yang disertakan dengan teliti.
Baca risalah yang disertakan, atau berjumpa dengan doktor atau ahli farmasi anda jika anda tidak pasti:
• Cara memasukkan dan mengeluarkan cincin.
• Bila hendak memulakan dengan cincin pertama.
• Apa yang harus dilakukan sekiranya cincin anda pecah / keluar secara tidak sengaja.
• Apa yang harus dilakukan jika anda lupa mengeluarkan cincin / memasukkan cincin baru.
Apakah Kelebihan Cincin Faraj?
Beberapa kelebihan cincin faraj:
• Setiap cincin memberikan kontrasepsi selama 1 bulan, oleh itu anda tidak perlu memikirkan kontrasepsi setiap hari atau setiap kali anda melakukan hubungan seks.
• Sekiranya anda muntah atau cirit-birit, ia masih berkesan.
• Sebagai tambahan kepada kontrasepsi, ia dapat membantu sindrom pramenstruasi (PMS), dan haid yang berat atau menyakitkan.
• Sebagai tambahan kepada kontrasepsi, ia dapat mengurangkan risiko barah ovari, rahim dan usus besar; serta risiko fibroid dan sista ovari.
Apakah Kesan Sampingannya?
Kesan sampingan sementara termasuk peningkatan keputihan, nyeri payudara, sakit kepala, mual dan perubahan mood. Pada bulan-bulan yang awal, anda mungkin akan perasan kehadiran tompok pendarahan.
Jarang berlaku kepada pengguna mengalami pembekuan darah kerana cincin.
Sakit perut, jangkitan atau keradangan faraj, peningkatan keputihan, dorongan seks yang lebih rendah, dan kemurungan adalah kesan sampingan yang mungkin berlaku.
Adakah Ia Sesuai Untuk Saya?
Cincin faraj mungkin tidak sesuai untuk sesetengah wanita.
Bercakap dengan doktor atau ahli farmasi anda jika anda:
• Berumur ≥35 tahun dan merokok, atau berhenti merokok kurang dari setahun yang lalu
• Berat badan berlebihan
• Menyusu; atau
• Mempunyai atau pernah mengalami pembekuan darah di saluran darah, masalah jantung, masalah peredaran darah termasuk tekanan darah tinggi, migrain, barah payudara, atau diabetes dengan komplikasi
Penting: Maklumkan kepada doktor atau ahli farmasi anda mengenai sebarang penyakit atau pembedahan yang pernah anda lalaui atau ubat-ubatan yang anda sedang ambil.