Jenis Perancang Keluarga: Kaedah Mana Yang Sesuai Untuk Anda?

Kaedah Perancang Keluarga: Yang Mana Sesuai Untuk Anda?  - DoctorOnCall

Apa itu Perancang Keluarga?

Kehamilan adalah hasil dari persenyawaan sperma lelaki dan telur wanita. Ini dapat dicegah dengan kaedah perancang keluarga. Umumnya perancangan keluarga juga dikenali sebagai kaedah kontraseptif.

Perancang Keluarga Berfungsi Dengan Cara:

• Menjauhkan sperma dari telur (ovum) 

• Menyekat pengeluaran telur 

• Menyukarkan implantasi telur yang telah disenyawakan pada dinding rahim. 

Terdapat kaedah perancang keluarga yang berbeza untuk memenuhi keperluan dan gaya hidup wanita yang berbeza. Untuk memilih kaedah perancang keluarga yang paling sesuai untuk anda, beberapa soalan lanjut mungkin ditanyakan oleh doktor atau ahli farmasi, seperti:

• Umur dan berat badan anda

• Sejarah merokok

• Sejarah kesihatan anda

• Ubat-ubatan yang sedang anda amalkan (jika ada)

Di bawah ini terdapat beberapa artikel yang akan menjelaskan dengan lebih lanjut tentang kaedah perancang keluarga yang berbeza. Terdapat beberapa kaedah perancang keluarga, seperti pil perancang gabungan, pil perancang progesteron sahaja dan tampalan hormon, yang memerlukan pengaturan yang baik serta pengambilan tepat pada waktunya. 

Cara untuk mengamalkan perancang keluarga dan kadar keberkesanan juga boleh mempengaruhi pilihan seseorang. 

Kaedah

Waktu

Keberkesanan

Diafragma dengan spermisida 


Cap kontraseptif dengan spermisida

Dimasukkan sebelum seks

92-96%

Kondom lelaki dan wanita

Digunakan / dimasukkan sebelum seks

98% (kondom lelaki)

95% (kondom wanita)

Pil perancang kehamilan jenis kombinasi

Pil perancang kehamilan jenis progesteron sahaja

Diambil setiap hari

> 99%

Perancangan keluarga semulajadi

Pemantauan harian sepanjang kitaran haid

> 99%

Tampalan hormon

Diganti setiap minggu

> 99%

Cincin faraj

Diganti setiap bulan

> 99%

Suntikan perancang keluarga

Diperbaharui setiap 3 bulan

> 99%

Implan hormon

Diperbaharui setiap 3 tahun

> 99%

Alat Intrauterin (IUD)

Diperbaharui setiap 5 tahun / dimasukkan dalam 5 hari selepas hubungan seks

> 99%

Sistem Intrauterin (IUS)

Diperbaharui setiap 5 tahun

> 99%

Ikatan tiub fallopio (wanita)

Ikatan saluran mani (lelaki)

Kekal

> 99%

* Sekiranya digunakan dengan betul / mengikut arahan

Catatan: Semua kaedah perancangan keluarga yang disebutkan di atas (kecuali kondom) dapat mencegah kehamilan tetapi tidak melindungi anda daripada jangkitan kelamin (STIs). Kondom adalah satu-satunya kaedah kontraseptif yang juga dapat melindungi daripada jangkitan kelamin. Anda mungkin ingin berbincang dengan doktor atau ahli farmasi anda untuk mengetahui kaedah perancang keluarga yang paling sesuai dengan keperluan dan gaya hidup anda.


Rujukan: