Baca Soalan
Gejala penyakit jantung
- Kita harus mengetahui gejala penyakit jantung dan pencegahannya kerana penyakit ini penyakit yang berbahaya dan telah dikenal pasti sebagai salah satu punca kematian yang penting di seluruh dunia.
- Perkataan penyakit jantung sebenarnya merangkumi penyakit jantung coroner (penyakit yang menjejaskan salur darah jantung), detak jantung tidak teratur dan penyakit jantung kongenital. Di sini, kita akan berbincang tentang gejala penyakit jantung koroner yang biasa dialami oleh orang ramai.
- Simptom yang paling biasa berlaku ialah sakit dada yang terjadi secara tiba-tiba. Sakit ini selalunya dirasai di tengah-tengah dada dan bersifat menekan.
- Sakit ini juga mungkin merebak ke:
- lengan kiri
- leher
- rahang
- kerongkang
- belakang
- bahagian atas perut
- Ada juga yang merasai ketegangan atau cuma ketidakselesaan di dada.
- Selain sakit dada, seseorang yang mengalami serangan jantung juga mungkin merasai:
- kesesakan nafas
- pening kepala
- kelesuan
- loya
- muntah
- Ada juga pesakit yang berpeluh-peluh dan mengalami sensasi jantung berdebar-debar semasa serangan. Sesetengah pesakit merasai keresahan yang agak teruk semasa serangan.
- Kita haruslah faham bahawa perbezaan sakit jantung dan masuk angin dari segi gejala agak kecil.
- Hal ini kerana simptom-simptom seperti kembung perut, pedih ulu hati dan ketakcernaan yang selalunya berlaku semasa serangan gastrik, mungkin juga terjadi semasa serangan jantung.
Gejala penyakit jantung dalam kalangan wanita
- Kita harus mengetahui tanda sakit jantung pada wanita dan cara pencegahannya kerana terdapat perbezaaan berbanding dengan kaum lelaki. Contohnya, simptom serangan jantung yang paling biasa dialami oleh kaum lelaki ialah sakit dada yang mempunyai ciri-ciri yang telah disenaraikan di atas.
- Bagi kaum wanita pula, simptom yang paling biasa berlaku juga merupakan sakit dada, tetapi sakit dada ini kurang ketara berbanding dengan simptom lain yang mereka alami. Malahan, sesetengah wanita mengalami serangan jantung yang tidak menyebabakan sakit dada.
- Gejala penyakit jantung pada wanita adalah seperti berikut:
Ketidakselesaan di leher, rahang, bahu, belakang dan abdomen
Kesesakan nafas
Sakit di sebelah atau kedua-dua belah lengan
Loya dan muntah
Berpeluh-peluh
Pening kepala
Kelesuan
- Simptom yang dirasai oleh kaum wanita selalunya berlaku apabila mereka sedang rehat ataupun tidur. Stress kehidupan harian mungkin mencetuskan serangan jantung dalam kalangan wanita.
- Oleh itu, gejala penyakit lemah jantung pada wanita harus diperiksa dengan teliti.
Gejala penyakit jantung usia muda
- Ciri penyakit jantung di usia muda agak sama dengan simptom yang telah disenaraikan di atas.
- Walaupun begitu, orang muda yang mengalami serangan jantung biasanya mempunyai faktor-faktor yang meningkatkan risiko serangan jantung, seperti:
- merokok
- obesiti
- kaum lelaki
- sejarah serangan jantung dalam keluarga
- Lebih kurang 20% penyakit jantung pada usia muda disebabkan oleh struktur salur darah koroner yang luar biasa, penyakit tisu perantara dan penyakit autoimun. Penggunaan dadah seperti kokain sebagai penyebab serangan jantung semakin ketara dalam kalangan orang muda.
Written by: Sri Viknarajan A/L Puvendran
Universiti Hasanuddin, Indonesia – MEDICAL DEGREE (DR)
18 Aug 2018