Penyakit Jantung

Apakah Penyebab Penyakit Jantung?

Baca Soalan

Punca Serangan Jantung :

  • Punca sakit jantung merupakan masalah pembekalan darah yang mengandungi oksigen kepada sel-sel jantung. Kekurangan pembekalan darah adalah disebabkan oleh sekatan saluran darah.
  • Sekatan saluran darah kebiasaan berasal daripada deposit lemak (atheroma) dalam saluran darah. Deposit lemak ini menyempitkan saluran darah anda.
  • Proses ini dipanggil atherosclerosis. Oleh itu, penyebab dan risiko serangan jantung adalah berkaitan dengan proses ini.
  • Terdapat pelbagai sebab dan risiko yang boleh meningkatkan keberangkalian anda mendapat sakit jantung.

Risiko serangan jantung :

  • Risiko merupakan satu situasi di mana anda mempunyai pendedahan kepada bahaya.
  • Dari perspektif medikal, terdapat beberapa risiko yang boleh mendedahkan anda kepada proses atherosclerosis dan pembentukan deposit lemak dalam jangka masa yang berpanjangan.

Contoh-contoh risiko serangan jantung :

  • Darah tinggi - Ia meningkatkan stres terhadap jantung anda untuk mengepam darah dengan memerlukan pembekalan darah yang lebih banyak.
  • Kolesterol yang tinggi - Kolesterol adalah penting dalam badan kita. Jikalau terdapat berlebihan dalam badan kita, ia akan meningkatkan risiko mendapat deposit lemak, terutamanya kolesterol LDL.

  • Hisap rokok - Nikotin dan karbon dioxida yang terkandung dalam rokok anda memberikan stres kepada jantung anda untuk berfungsi dengan lebih cepat. Selain itu, komponen-komponen ini meningkatkan risiko gumpalan darah.

  • Diabetes - Gula yang berlebihan dalam darah boleh merosakkan saluran darah anda. Hal ini meningkatkan risiko mendapat deposit lemak.

  • Thrombosis - Ia merupakan gumpalan darah yang terdapat dalam vena ataupun arteri anda. Ia boleh menyekat saluran darah jantung anda.

  • Obesiti - Obesiti meningkatkan risiko anda mendapat darah tinggi, kolesterol tinggi dan diabetes.

  • Sejarah keluarga yang mempunyai penyakit sakit jantung

Penyebab serangan jantung di umur muda :

  • Kebanyakkan orang mengetahui bahawa serangan jantung adalah lebih biasa dalam golongan umur tua berbanding dengan umur muda, terutamanya bagi golongan yang melebihi 40 tahun.
  • Tetapi serangan jantung boleh berlaku dalam golongan orang muda mempunyai penyebab yang berlainan. Penyebab serangan jantung di umur muda boleh merupakan penyebab serangan jantung mendadak ataupun kronik.
  • Antara penyebab serangan jantung mendadak adalah hypertrophic cardiomyopathy. Ia merupakan kondisi genetik yang kerap berlaku dalam kalangan atlet.
  • Sekatan saluran darah adalah disebabkan oleh pembesaran otot jantung yang berlebihan. Kondisi sebegini boleh dicegah dan dipantau melalui ujian ECG.
  • Bagi kanak-kanak yang mempunyai penyakit kawasaki, mereka juga mempunyai risiko serangan jantung akibat keradangan saluran darah.
  • Penyakit kawasaki merupakan penyakit keradangan saluran darah yang melibatkan kanak-kanak di bawah 5 tahun.


Written by: Sri Viknarajan A/L Puvendran

Universiti Hasanuddin, Indonesia – MEDICAL DEGREE (DR)

18 Aug 2018
Perlu Bantuan?