Gallstone

Diagnosis Batu Karang Hempedu (Gallstones)

Baca Soalan

  • Hempedu manusia merupakan satu organ yang terdapat di bawah hati di sebelah kanan abdomen. Ia merupakan beg yang menyimpan jus hempedu yang membantu penghadaman anda.
  • Makanan penyebab batu hempedu termasuk makanan yang tinggi dalam kolesterol dan rendah dalam kandungan serat.
  • Batu dalam hempedu boleh menyebabkan simptom-simptom seperti:
    • kesakitan dan kekuningan mata dan kulit
    • loya
    • muntah
    • cirit-birit
    • kencing yang berwarna gelap
  • Sekiranya seseorang mempunyai simptom-simptom sebegini, doktor mengesyaki penyakit batu hempedu. Ujian dan pemeriksaan batu hempedu akan dilakukan terhadap pesakit ini untuk memastikan diagnosis yang betul dapat dicapai.
  • Bahaya batu hempedu termasuklah:
    • Pancreatitis akut
    • Jangkitan darah
    • Jangkitan hempedu
    • Jangkitan tiub hempedu 
  • Komplikasi ini boleh dielakkan dengan rawatan bagi penyakit batu hempedu.

Ujian dan pemeriksaan batu hempedu :

  • Beberapa jenis ujian dan pemeriksaan boleh dilakukan oleh doktor untuk membantu penentuan diagnosis penyakit batu hempedu.
  • Modaliti-modaliti termasuk:
    • Ujian darah
    • Ultrasound scan
    • MRI scan
    • Cholangiography
    • CT scan
  • Modaliti-modaliti pemeriksaan adalah tertakluk kepada tahap keseriusan penyakit. Bukan semua modaliti diperlukan untuk menentukan penyakit batu hempedu.
  • Contoh-contoh ujian dan pemeriksaan batu hempedu :
    • Ujian darah
      • Ujian darah boleh membantu doktor menentukan sama ada pesakit menghidap jangkitan, kekuningan ataupun komplikasi yang disebabkan oleh penyakit batu hempedu.
      • Informasi daripada ujian darah dapat mengesahkan jangiktan dan membantu dalam pengubatan batu hempedu.
    • Ultrasound scan 
      • Secara amnya, modaliti ini paling kerap digunakan untuk membuat diagnosis penyakit batu hempedu. Ultrasound scan ini adalah sama dengan scan yang digunakan untuk memeriksa kandungan anda.
      • Ia dapat memberikan gambar batu hempedu dan organ sekelilingnya bagi membantu doktor mencapai diagnosis yang tepat.
    • MRI scan 
      • Apabila ultrasound scan tidak memberikan gambar yang memuaskan, doktor akan membuat MRI sekiranya doktor mengesyaki seorang pesakit menghidap masalah batu hempedu. Ia memberikan gambar batu hempedu dan organ sekelilingnya dengan lebih jelas dan terperinci.
    • Cholangiography 
      • Ini juga dikenali sebagai ERCP untuk batu hempedu. Prosedur ini boleh memberikan informasi yang lebih terperinci.
      • Ia memerlukan tiub yang fleksibel dimasukkan ke dalam perut melalui mulut, kemudian sejenis pewarna atau “dye” akan dimasukkan ke dalam pundi hempedu agar imej lebih jelas dapat dilihat dengan X-ray.
    • CT scan 
      • Modaliti ini digunakan untuk mendapat informasi tentang komplikasi penyakit batu hempedu, terutamanya pancreatitis akut.

.


Written by: Mohd Ramzdhan Bin Mohd Masdar

MD , Crimea State Medical University

18 Aug 2018
Perlu Bantuan?