Baca Soalan
- Pencegahan batu hempedu amatlah penting kerana penyakit ini boleh menyebabkan pelbagai jenis komplikasi. Kita telah mengetahui mereka yang berisiko menghidap penyakit batu hempedu termasuklah golongan wanita di sekitar 40 tahun dan masih subur, serta golongan yang mempunyai berat badan berlebihan.
- Sebenarnya, penurunan berat badan secara mendadak dan pembedahan bariatrik juga mengingkatkan risiko pembentukan batu hempedu. Selain itu, sesetengah penyakit yang menyebabkan anemia juga boleh meningkatkan risiko batu hempedu.
- Secara umumnya, cara elak batu hempedu boleh diklasifikasikan kepada pencegahan primer dan pencegahan sekunder. Cara elakkan batu hempedu adalah seperti berikut.
Pencegahan primer
- Cara-cara pencegahan batu karang dalam hempedu ini bertujuan untuk mencegah pembentukan batu tersebut. Pertama sekali, pemakanan haruslah dijaga. Kita disarankan supaya mengurangkan kandungan lemak tepu dalam pemakanan.
- Contoh makanan yang kaya dengan lemak tepu termasuklah keju, mentega, biskut, kek dan krim. Kita seharusnya mengambil sekurang-kurangnya 5 sajian sayur-sayuran atau buah-buahan dalam satu hari.
- Ada juga kajian yang menunjukkan pemakanan yang kaya dengan kalsium dapat mengurangkan risiko batu hempedu. Minuman arak pula haruslah kurang daripada 14 unit dalam satu minggu. Hal ini kerana minuman arak yang berlebihan memudaratkan kesihatan organ hati kita dan fungsi hati berkait rapat dengan fungsi pundi hempedu.
- Amalan pemakanan pada masa tetap setiap hari adalah digalakkan.
- Penurunan berat badan juga memainkan peranan dalam usaha elakkan batu hempedu. Hal ini kerana berat badan berlebihan meningkatkan tahap kolesterol di dalam badan kita dan kolesterol yang terlampau tinggi mempercepatkan pembentukan batu hempedu.
- Mereka yang mempunyai berat badan berlebihan disarankan mengurangkan berat badan dengan pemakanan seimbang dan aktiviti fizikal. Elakkan penurunan berat badan secara mendadak kerana hal ini boleh menyebabkan pembentukan batu hempedu.
- Aktiviti fizikal minimum yang harus kita amalkan ialah aktiviti fizikal tahap sederhana sekurang-kurangnya 150 minit seminggu, iaitu 30 minit sehari pada 5 hari dalam seminggu.
- Contoh aktiviti fizikal yang boleh kita pilih termasuklah:
- Berjalan cepat
- Senaman aerobic
- Mengayuh basikal
- Boling
Pencegahan sekunder
- Cara-cara pencegahan sekunder bertujuan untuk mengurangkan risiko batu hempedu yang sedia ada daripada menyebabkan simptom. Terapi yang boleh digunakan termasuklah ubat untuk atau dengan bantuan ultrasound menghancurkan batu hempedu.
- Walau bagaimanapun, terapi-terapi ini hanya digunakan untuk mereka yang tidak sesuai atau tidak sanggup untuk menjalani pembedahan. Pilihan ini juga mungkin berguna bagi mereka yang ingin mencuba rawatan selain daripada pembedahan.
- Pembedahan untuk mengeluarkan pundi hempedu, iaitu cholecystectomy, merupakan pilihan yang paling sesuai dari segi keberkesanan dan keselamatan dalam rawatan batu hempedu.