Gallstone

Apakah Rawatan Batu Karang Hempedu (Gallstones)?

Baca Soalan

Pengenalan

  • Batu hempedu adalah deposit hempedu yang keras yang boleh terbentuk dalam pundi hempedu. Pundi hempedu merupakan organ berbentuk pir yang kecil di sebelah kanan abdomen dan terletak di bawah hati.
  • Pundi hempedu menyimpan hempedu yang dikeluarkan ke dalam usus kecil untuk membantu pencernaan lemak.

Cara Merawat Batu Hempedu

  • Rawatan batu hempedu secara tradisional tidak mempunyai bukti yang kukuh dalam menangani masalah batu hempedu. Rawatan bergantung kepada tahap keseriusannya. Terdapat beberapa cara untuk merawat batu hempedu.
  • Antaranya adalah:
    •  Ubat Penyakit Batu Hempedu
      • Ubat penyakit batu karang biasanya diambil melalui mulut. Merawat penyakit batu hempedu tanpa lakukan pembedahan menggunakan cara ini iaitu ursodiol.
      • Ursodiol digunakan untuk menghilangkan batu hempedu pada pesakit yang tidak mahu melalui pembedahan atau tidak boleh menjalani pembedahan.
    •  Rawatan Pembedahan Hempedu
      • Kadang-kadang, ubat-ubatan tidak memadai untuk melarutkan atau memecahkan batu tersebut. Ubat batu karang yang paling berkesan bergantung kepada individu.
      • Terdapat beberapa jenis pembedahan untuk mengeluarkan batu hempedu seperti berikut:
        •  Pembedahan keyhole untuk mengeluarkan pundi hempedu
            • Ini dikenali sebagai kolesistektomi secara laparoskopik. Semasa kolesistektomi laparoskopik, 3 atau 4 potongan kecil dibuat di perut. Laparoskop dimasukkan melalui salah satu bukaan di perut. Ini membolehkan pakar bedah melihat proses pembedahan pada monitor video. Mereka akan mengeluarkan pundi hempedu menggunakan peralatan pembedahan khas.
      •  Pembedahan terbuka
            • Kolesistektomi secara laparoskopi mungkin tidak digalakkan jika seseorang:

                             -berada dalam trimester ketiga kehamilan

                            - berat badan berlebihan

                           -mempunyai pundi hempedu yang luar biasa atau

                            struktur saluran hempedu bagi melaksanakan prosedur

                            lubang kunci sukar dan merbahaya.

      • Dalam keadaan ini, kolesistektomi terbuka mungkin disyorkan. Pembedahan terbuka sama seperti pembedahan laparoskopi, tetapi masa pemulihannya adalah lebih lama dan menyebabkan parut yang lebih jelas.
        •  Endoscopic Retrograde Cholangiopancreatography (ERCP)
          • Rawatan ERCP untuk batu empedu biasanya dilakukan sebagai rawatan terancang atau prosedur kecemasan jika antibiotik gagal memulihkan pesakit atau pesakit terlalu sakit untuk pembedahan. Dalam keadaan seperti ini, plastic stent dimasukkan untuk mebuka halangan dan memastikan hempedu mengalir ke dalam duodenum.

Kesan Buang Hempedu

  • Sesetengah individu boleh menjalani kehidupan yang sihat tanpa pundi hempedu. Walau bagaimanapun, masih ada kemungkinan bahawa pesakit akan mengalami kesan sampingan selepas pembuangan pundi hempedu.
  • Antaranya ialah kesukaran mencerna lemak. Ia mungkin mengambil masa untuk menyesuaikan diri dengan ketiadaan hempedu untuk mencerna lemak.
  • Ubat-ubatan yang diberikan semasa pembedahan juga boleh menyebabkan rasa senak. Selain itu, cirit-birit dan kembung perut juga boleh terjadi.
  • Ini sering menjadi lebih teruk dengan pengambilan lemak yang berlebihan atau serat yang terlalu rendah dalam diet.


Written by: Mohd Ramzdhan Bin Mohd Masdar

MD , Crimea State Medical University

18 Aug 2018
Perlu Bantuan?