Gallstone

Komplikasi Batu Karang Hempedu (Gallstones)

Baca Soalan

Kesan negatif batu hempedu

  • Batu hempedu yang berada di dalam pundi hempedu selalunya tidak menyebabkan sebarang simptom. Walaupun begitu, sesetengah batu hempedu menyebabkan keradangan di dalam pundi hempedu.
  • Keradangan ini menyebabkan komplikasi-komplikasi tertentu. Bahaya batu dalam hempedu boleh diklasifikasikan kepada komplikasi dalam pundi hempedu dan komplikasi di luar pundi hempedu.
  • Pembedahan untuk mengeluarkan pundi hempedu, iaitu cholecystectomy, pula boleh mengakibatkan kesan negatif yang lain.

Komplikasi batu hempedu

  • Kesan negatif pada pundi hemmpedu termasuklah radang pundi hempedu, iaitu cholecystitis.
  • Simptom-simptom yang mungkin berlaku adalah:
    • Sakit perut
    • Demam
    • Loya
    • Muntah
  • Rawatan yang biasa diberi merangkumi:
    • Ubat tahan sakit
    • Ubat antibiotik
    • Terapi intravena 
    • Pembedahan
  • Keradangan di dalam pundi hempedu juga boleh menyebabkan pengumpulan cecair yang dihasilkan oleh pundi hempedu di dalam pundi hempedu, sehingga hempedu bengkak.
  • Selain daripada cholecystitis, keradangan yang kronik boleh meningkatkan risiko kanser pundi hempedu. Walaupun begitu, komplikasi ini jarang berlaku.
  • Komplikasi batu hempedu yang berlaku di luar pundi hempedu termasuklah radang salur hempedu. Masalah ini berlaku ketika batu hempedu tersangkut di salur hempedu.
  • Pesakit-pesakit mengalami simptom seperti demam, sakit perut dan jaundis (di mana mata dan kulit kelihatan kuning). Penyakit ini dirawat dengan ubat antibiotik dan terapi endoskopi.
  • Ketika batu tersangkut di pembukaan salur pankreas pula, radang pankreas boleh berlaku.
  • Pesakit akan mengalami:
    • Sakit perut
    • Demam
    • Loya
    • Muntah
  • Para pesakit memerlukan rawatan di hospital dengan serta-merta.
  • Mereka akan diberi terapi bagi mengurangkan simptom, terapi endoskopi atau pembedahan. Walaupun jarang berlaku, sesetengah batu hempedu boleh menyebabkan usus kecil tersumbat.
  • Apabila komplikasi ini berlaku, pesakit mungkin mengalami:
    • Sakit perut
    • Sembelit
    • Loya
    • Muntah
  • Rawatannya biasanya memerlukan pembedahan.

Komplikasi pembedahan pundi hempedu

  • Pembedahan pundi hempedu merupakan prosedur yang agak selamat. Walaupun begitu, pembedahan ini boleh menyebabkan komplikasi seperti kebanyakan pembedahan yang lain.
  • Bahaya operasi buang hempedu termasuklah jangkitan dan pendarahan di tapak pembedahan. Jangkitan boleh dirawat dengan ubat antibiotik manakala pendarahan memerlukan pembedahan lebih lanjut.
  • Kebocoran hempedu juga merupakan kesan buang hempedu bagi 1 peratus pesakit yang menjalani pembedahan tersebut.
  • Simptom yang mungkin berlaku termasuklah:
    • Sakit perut
    • Perut bengkak
    • Demam
    • Loya
  • Ada kalanya pembedahan diperlukan untuk menghentikan kebocoran
  • Semasa pembedahan pundi hempedu, kecederaan mungkin berlaku pada struktur-struktur di sekeliling pundi hempedu.
  • Antaranya adalah:
    • Salur hempedu
    • Salur darah 
    • Usus
  • Walau bagaimanapun, masalah ini boleh dibetulkan semasa pembedahan.
  • Ubat dan proses bius yang digunakan semasa pembedahan juga boleh menyebabkan komplikasi seperti:
    •  Alahan
    • Pening kepala
    • Loya
    • Muntah
  • Sila memberitahu doktor anda sekiranya anda pernah mengalami sebarang masalah dengan pembiusan.

Written by: Mohd Ramzdhan Bin Mohd Masdar

MD , Crimea State Medical University

18 Aug 2018
Perlu Bantuan?