Sulit
4 tahun
Berdengkur dan sukar bernafas
Saya lelaki berusia 33 thn…mempunyai masalah berdengkur…kini masalah dengkur saya semakin kuat…kuat sehingga menggangu ketenteraman org lain…kadang kala apabila saya bangun tidur saya sukar untuk bernafas.adakah ini penyakit ?? Bagaimanakah cara untuk mngatasi masalah ini…
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, berdengkur ini berlaku apabila anda tidak dapat menghirup dan menghembus udara dengan bebas melalui hidung dan tekak semasa tidur. Ini menjadikan tisu di sekitarnya bergetar, yang menghasilkan bunyi dengkuran. Oleh disebabkan udara sukar untuk masuk dan keluar ketika anda tidar sedar semasa tidur, berlaku kekurangan oksigen. Hal ini lah yang menyebabkan anda bernafas dengan dengan berat semasa terbangun dari tidur bagi mengganti balik hutang oksigen badan anda.
Masalah berdengkur ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
berat badan berlebihan
tonsil yang membengkak
obstructive sleep apnea
Cara untuk mengatasi masalah ini adalah bergantung kepada punca masalah anda. Jika berat badan berlebihan, anda disarankan untuk mengurangkan berat badan. Anda juga disarankan tidur secara menelentang agar membuka ruang udara pada saluran mulut untuk masuk dengan luas agar bunyi tidak terhasil sewaktu tidur. Walaubagaimanapun, jika pasangan anda perasan anda berdengkur pada waktu malam sehingga anda berhenti bernafas dan tersedar secara tiba-tiba untuk menarik nafas, anda mungkin mengalami obstructive sleep apnea. Penyakit ini tidak baik untuk kesihatan kerana boleh mengurangkan kandungan oksigen dalam darah dan menyebabkan strok.
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.