Anonymous
4 tahun
Cara menangani dehidrasi
Saya berusia 19 tahun mengalami dehidrasi. Ini apa yang dikatakan oleh doktor semasa saya membuat medical check up untuk masuk ke universiti. Adakah cara lain selain daripada minum air untung menangani dehidrasi kerana walaupun saya kerap minum air, saya tidak merasa perubahan lansung. Badan saya kurus, berat badan kurang, beberapa hari lepas mengalami cirit birit selama 4 hari. Harap boleh membantu.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Penggantian cecair adalah rawatan untuk dehidrasi . Ini boleh dicuba dengan menggantikan cecair melalui mulut, tetapi jika cara ini gagal, cecair intravena (IV) mungkin diperlukan. Sekiranya rehidrasi oral cuba dilakukan, jumlah cecair yang digunakan haruslah dalam kuantiti yang kecil dan kerap diberikan.
Antara makanan/minuman yang boleh anda ambil untuk mengatasi masalah dehidrasi ialah:
- Air yang secukupnya, sekurang kurangnya 8 gelas sehari
- Sup kosong
- Popsikel
- Jell-O
- Cecair pengganti lain yang mungkin mengandungi elektrolit (Pedialyte, Gatorade, Powerade, dan sebagainya)
- Penggunaan cecair intravena bergantung kepada penilaian doktor yang profesional mengenai tahap dehidrasi, keupayaan pesakit untuk minum cecair melalui mulut, dan kebolehan pesakit untuk pulih daripada penyebab dehidrasi.
Sekiranya anda inginkan keterangan lanjut, sila rujuk kepada pihak kami secara peribadi melalui atas talian kerana kami memerlukan maklumat lebih mendalam sebelum membuat kesimpulan. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami. Terima kasih