Sulit
2 tahun
Check up bayi post covid
Bayi saya berusia 4 bulan sewaktu dijangkiti covid tanpa simptom. Adakah saya perlu membawa bayi membuat pemeriksaan perubatan kerana risau mengenai simptom post covid?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang masalah kesihatan anda.
Anda mempunyai persoalan tentang gejala post covid dalam kalangan kanak-kanak.
‘ Long COVID ’ di takrifkan sebagai gejala yang berpanjangan selepas COVID-19, banyak berlaku kepada orang dewasa yang menyebabkan masalah pada sistem sensori, saraf, kardiorespiratori dan mental. Ia dikaitkan dengan gejala yang tidak spesifik seperti keletihan, insomnia, kesukaran untuk mentelaah, kehilangan selera makan dan kesakitan pada otot atau sendi.Ini biasanya berlaku selepas jangkitan COVID-19 sama ada dalam tempoh 4 minggu sehingga 12 minggu atau berterusan melepasi 12 minggu di mana ianya tidak dapat dijelaskan oleh sebarang diagnosis lain. Kanak-kanak boleh mengalami masalah Multisystem Inflammatory Syndrome in Children (MIS-C) , di mana mereka akan mengalami gejala seperti penyakit Kawasaki dan kehilangan fungsi organ di dalam badan.
Anda dinasihatkan untuk memantau gejala bayi anda dan menghantar ke fasiliti kesihatan sekiranya didapati gejala seperti berikut:
- Batuk atau selsema yang berterusan melebihi 7 hari
- Nafas laju atau susah nafas
- Kurang aktif
- Kurang selera makan
- Sakit dada dan sakit perut
- Hujung jari tangan dan kaki menjadi sejuk
- Tanda dehidrasi seperti kurang kencing atau bibir kering
- Nampak kurang sedar atau keliru
- Sawan
- Demam yang berterusan
- Gejala loya,muntah atau cirit-birit yang bertambah teruk
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini