Anonymous
4 tahun
Cyst , pcos ,fibroid
dokter boleh terangkan degan saya apa beza pcos , fibroid , cyst
saya pernah jumpa pakar dia scan dia cakap saya ada pcos , tahun ni saya pergi klinik scan dokter cakap saya ada fibroid 3cm
adakah pcos sama dgan fibroid
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Sindrom Polisistik Ovari atau PCOS adalah gangguan hormon biasa yang mempengaruhi wanita yang masih dalam lingkungan umur reproduktif.Manakala, Fibroid adalah ketumbuhan yang paling sering dilihat pada sistem reproduktif wanita. Csyt pula, merupakan sejenis ketumbuhan yang luar biasa pada mana-mana organ dalam badan manusia. Cyst ini selalunya mengandungi cecair dalamnya sama ada air, cecair becampuran protein atau darah, darah beku, darah haid, minyak atau lemak.
Berkenaan dengan masalah yang anda hadapi, gejala yang anda nyatakan yang anda berikan adalah kurang jelas. Terdapat beberapa soalan yang harus kami tanyakan bagi mendapatkan maklumat lanjut sebelum kesimpulan tentang masalah yang anda hadapi boleh dibuat.Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih.