Anonymous
5 tahun
Haid lebih 7 hari tetapi sedikit
Saya wanita dalam peretengahan 20an dan mempunyai berat badan yang normal, saya nak bertanya adakah normal jika period length saya lebih dari 7 hari dan selalunya paling awal habis 9 hari dan lewat 11-12 hari dan cycle length saya 27-29 hari , selalunya pada hari pertama haid dia hanya keluar sedikit sahaja dan pada hari 4-6 baru keluar banyak dan hari selepas itu dia keluar sedikit semula, adakah ini normal dan apakah punca ?
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Untuk makluman pihak anda, anda mungkin mengalami masalah haid tidak teratur. Terdapat pelbagai punca masalah haid tidak teratur. Antaranya:
- Tekanan emosi
- Kesibukan dalam aktiviti harian
- Terlibat dengan aktiviti sukan atau aktiviti fizikal yang berat
- Mengalami masalah berat badan (berlebihan atau terlalu kurang)
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Polycystic Ovarian Syndrome
- Penggunaan alat atau pengambilan pil perancang kehamilan
- Masalah rahim, ovari atau cerviks
Untuk mengatahui punca dan merawat masalah anda, anda disarankan untuk mendapatkan nasihat lanjut. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian dengan percuma. Terima kasih.