Sulit
3 tahun
Kesan membiarkan iucd sehingga berbelas tahun
Saya berumur 38 tahun dan sekarang kerap sakit tumit, sakit belakang serta mengalami senggugut yang teruk ketika datang bulan. Sedangkan sebelum ini saya amat jarang malah boleh dikatakan tidak pernah mengalami senggugut. Untuk pengetahuan doc, saya juga memakai iucd hampir 15 tahun tanpa pernah tukar/keluarkan. Adakah sakit yang saya alami ini berkaitan rapat dengan pemakaian iucd yang terlalu lama? Apakah risiko atau kesan sampingan jika membiarkan iucd ini terlalu lama sehingga berbelas tahun?
3 tahun
Salam Sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami memahami anda mengalami kebimbangan anda tentang pemakaian IUCD untuk tempoh lama. Kami akan cuba membantu anda.
Terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkan gejala tersebut. Antaranya :
Akibat bahan kimia prostaglandin yang dibuat di dalam lapisan rahim.
Terdapat kemungkinan jangkitan kuman kerana IUD terlalu lama
Endometriosis - Dalam keadaan ini, tisu dari lapisan rahim didapati di luar rahim, seperti pada ovari dan tiub fallopian, di belakang rahim, dan pada pundi kencing. Tisu ini akan berkelakuan seperti tisu rahim dan melekat-lekat sehingga menyebabkan rasa sakit.
Adenomyosis-Tisu yang biasanya melekat pada rahim mula tumbuh di dinding otot rahim.
Fibroid-Fibroid adalah pertumbuhan yang terbentuk di luar, di bahagian dalam, atau di dinding rahim. Fibroid yang terletak di dinding rahim boleh menyebabkan kesakitan.
Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor untuk pemeriksaan fizikal dan maklumat lanjut. Anda juga boleh mendapatkan konsultasi secara atas talian bersama kami supaya kami dapat membantu anda dengan lebih lanjut.
Terima kasih, kami berharap jawapan ini membantu anda.