Sulit
3 tahun
Sakit abdomen sebelah kiri hingga paras lutut
Saya perempuan berumur 23 tahun. Saya nak tanya, kenapa setiap kali saya period, mesti saya akan rasa sakit bahagian abdomen belah kiri hingga ke paras lutut. Dulu tak , tapi beberapa bulan dah mula rasa simptom macam ni. Adakah ini normal? Dan darah haid saya keluar 1hari sahaja, selebihnya keluar tompokan warna coklat. Period cycle okay 28 hari. TQ DR.
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Soalan anda adalah berkenaan dengan masalah kesakitan di bahagian abdomen sebelah kiri dan haid berwarna coklat. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, kesakitan di bahagian abdomen sebelah kiri boleh disebabkan oleh pelbagai perkara, antaranya:
- Sindrom iritasi usus
- Keradangan usus
- Penyakit celiac
- Kandungan luar rahim
- Sista ovari
- Endometriosis
Selain itu, masalah haid keluar satu hari dan selebihnya tompokan coklat mungkin kerana anda mengalami masalah hormon tiroid atau masalah keradangan pelvis. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor agar maklumat lanjut dapat diberikan dan anda boleh dibantu dalam masalah ini.
Anda boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami dapat membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap agar jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.