Sulit
3 tahun
Period tak menentu / keputihan fungi / period lebih 15 hari
Hi doc . Sy wanita berumur 22 Tahun . Sy period semasa berumur 14 tahun . Period sy sgt teruk . Kdg sengugut sampai kaki sy mngeletar , tak boleh berdiri . kdg2 period sy pun tak menentu . ada tu 4 bulan tak period. start tahun lps bulan 9 mcm tu sy notice keputihan sy lain . kemaluan sy jd gatal . after research on doc sy dpt tahu yg keputihan sy tu fungi sebab ada symptoms yg sama yg mcm doc jelaskan . sy masih xdpt kan rawatan sebab keputihan fungi sy terjadi seminggu sebelum period . pd bulan 8 period sy dah tak ada rasa sengugut mcm dlu tp period sy melebihi 15 hari . kurang2 dlm 16-17 hari . dan harini sy notice keputihan sy mcm keputihan berdarah / masih period . sy confused
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima aksih atas pertanyaan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan masalah anda. Antaranya adalah:
- Gardnerella vaginalis (bakteria)
- Trichomonas vaginalis (parasit)
- Candida albicans (kulat)
Oleh itu, untuk memastikan bahawa jangkitan tersbut berpunca daripada yis atau lain-lain, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan Pakar Sakit Puan.