Sulit
3 tahun
Senggugut setiap kali period
Saya berumur 19 tahun dan saya kerap menghadapi senggugut setiap kali period. Adakah normal sekiranya setiap awal period saya mengalami senggugut yang terlalu sakit sehingga susah untuk bergerak? Tetapi senggugut yang teruk tu cuma dalam satu ke dua hari. Apa pandangan doktor? adakah itu tanda penyakit lain??
3 tahun
Salam Sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami memahami anda mengalami gejala kesakitan di bahagian dada semasa tarik nafas. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa punca yang boleh mengakibatkan gejala anda. Antaranya:
- Akibat bahan kimia prostaglandin yang dibuat di dalam lapisan rahim. Keadaan ini adalah dianggap fisiologis dan hanya perlu diubati dengan ubat tahan sakit.
- Endometriosis - Dalam keadaan ini, tisu dari lapisan rahim didapati di luar rahim, seperti pada ovari dan tiub fallopian, di belakang rahim, dan pada pundi kencing. Tisu ini akan berkelakuan seperti tisu rahim dan melekat-lekat sehingga menyebabkan rasa sakit.
- Adenomyosis-Tisu yang biasanya melekat pada rahim mula tumbuh di dinding otot rahim.
- Fibroid-Fibroid adalah pertumbuhan yang terbentuk di luar, di bahagian dalam, atau di dinding rahim. Fibroid yang terletak di dinding rahim boleh menyebabkan kesakitan.
Seandainya sakit yang dirasakan adalah berlebihan sehingga boleh menyebabkan rutin harian dan pekerjaan anda terganggu, maka adalah amat digalakkan untuk anda mendapatkan perawatan lanjut.
Oleh itu, anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor dengan kadar segera untuk pemeriksaan fizikal dan maklumat lanjut. Anda juga boleh mendapatkan konsultasi secara atas talian bersama kami supaya kami dapat membantu anda dengan lebih lanjut.
Terima kasih, kami berharap jawapan ini membantu anda.
doctoroncall-og-image.png1200x630
Find Best Obstetrician & Gynaecologist In Kuala Lumpur - Book Appointments,…
Best Obstetrician & Gynaecologist near me in Kuala Lumpur. Book doctor appointment online, schedule consultation, view reviews, address, phone number of Obstetrician & Gynaecologist in Kuala Lumpur | DoctorOnCall