Sulit
4 tahun
Ketahui tag warna pada buku derma darah
Hi doktor. Saya ingin bertanya apakah maksud tag warna pada buku derma darah. Jika tag warna pada buku derma darah saya berwarna merah dan tertulis B adakah itu bermaksud saya berdarah B negatif?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, tag berwarna hanya mempunyai maksud pada buku ibu mengandung. Ianya untuk menggambarkan risiko kehamilan pesakit. Untuk buku derma darah, tag warna tidak memberi apa-apa maksud.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.