Sulit
3 tahun
Derma darah selepas drip whittening
Hai , bolehkah saya menderma darah sekiranya saya membuat drip whittening iaitu suntikan keputihan untuk satu badan untuk mempercepatkan putih satu badan ?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang derma darah.
Berdasarkan penerangan yang telah diberi, anda ingin mengetahui jika anda layak untuk menderma darah selepas menerima suntikan drip whittening. Saya faham akan kebimbangan anda dan akan cuba untuk menjelaskan situasi anda dengan baik.
Untuk makluman anda, kriteria penderma darah adalah seperti berikut:
Penderma Darah Penuh ( Whole Blood ):
- Berumur di antara 17 hingga 60 tahun (jika berumur 17 tahun, perlu mendapatkan kebenaran bertulis ibubapa/penjaga)
- Berat badan melebihi 45 kg.
- Sihat fizikal dan mental serta tiada masalah kesihatan yang kronik.
- Tidak mengambil sebarang ubat-ubatan dan tidak mengambil minuman beralkohol dalam jangka waktu terdekat sebelum hari pendermaan.
- Tidak berpuasa dan telah mendapat tidur yang cukup (lebih 5 jam) sebelum menderma darah.
- Menetap di Malaysia sekurang-kurangnya selama 1 tahun (bagi bukan warganegara Malaysia)
Bagi penderma aferesis, selain kriteria di atas, terdapat beberapa kriteria tambahan iaitu:
- Berumur tidak melebihi 55 tahun
- Berat badan 55 kg dan ke atas.
- Telah menderma darah penuh sekurang-kurang 2 kali dan pendermaan terakhir tidak lebih daripada 6 bulan.
- Mempunyai salur darah yang sesuai ( besar dan jelas)
Kelayakan seseorang untuk menderma darah akan ditentukan oleh Pegawai Perubatan atau Jururawat yang bertugas. Seseorang bakal penderma hendaklah berada pada tahap kesihatan yang baik bagi memastikan proses pendermaan darah tidak akan memudaratkan penderma dan darah yang didermakan juga tidak akan memudaratkan pesakit yang bakal menerima darah tersebut. Anda dikehendaki memaklumkan tentang prosedur drip whittening yang telah dilakukan kepada petugas.
Saya berharap maklumat diatas dapat membantu dan sekiranya anda ingin bercakap dengan doktor kami untuk mendapatkan maklumat yang lebih terperinci, anda boleh menghubungi mereka secara atas talian. Terima kasih.