abdullatipsalleh82
2 tahun
Ujian penderma darah
Saya lelaki berumur 38 tahun. Saya telah menderma darah dan pihak hospital telah mengesahkan darah saya mengandungi bakteria sipilis. Saya nak tahu adakah ujian darah keatas darah yang saya dermakan itu diuji untuk penyakit lain seperti HIV. Saya risau takut saya mempunyai HIV. Tetapi pihak hospital hanya mengesahkan saya ada mengandungi sipilis…mohon penerangan doktor.tq
5 tahun
Selamat Sejathera Encik
Ujian-ujian makmal yang perlu dijalankan ke atas darah yang didermakan oleh penderma darah adalah seperti berikut:
- Ujian Kumpulan Darah (ABO dan Rh).
- Ujian Saringan Serologi (Serology Screening) terhadap penyakit berjangkit seperti HIV (Human Immunodeficiency Virus), Hepatitis B virus (HBV), Hepatitis C virus (HCV) dan Syphilis
Ini adalah antara ujian yang akan dilakukan pada darah yang anda derma . Oleh itu sekiranya doktor mengesahkan anda tidak mempunyai hiv .Maka itu adalah keputusannya .
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.