
Sulit
3 tahun
Bolehkah saya menderma darah?
Salam Dr. Saya berminat nak tanya, bolehkah saya menderma darah kalau saya baru sahaja dapat vaksin meninggococcal 2 minggu lepas? terima kasih…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera, terima kasih atas pertanyaan anda.
Untuk makluman anda, berdasarakan kriteria yang diberi oleh WHO, anda boleh menderma darah selepas pengambilan vaksin meninggococcal sekiranya anda sihat masa menderma darah. Anda boleh mendapatkan maklumat lanjut daripada Pusat Darah Negara di talian 03 26132688 sekiranya perlu.
Anda juga boleh mendapatkan nasihat daripada doktor secara atas talian bersama kami supaya kami dapat membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.