Sulit
3 tahun
Masalah dengkur yang mengakibatkan keletihan
Saya lelaki 20 tahun mengalami dengkur dari kecil hingga sekarang . Masalah dengkur saya mengakibatkan susah untuk bangun pagi, dan menyebabkan keletihan setelah bangun daripada tidur . Sudah berjumpa kepada pakar ENT dan solusinya hanya memberi ubat spray hidung. Namun kurang berkesan.
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, masalah berdengkur sewaktu tidur terjadi apabila terdapat sumbatan pada saluran pernafasan bahagian atas. Masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Tonsil yang membesar
- Obstructive sleep apnea yaitu ialah keadaan apabila otot tekak menghalang laluan udara semasa tidur
- Masalah hidung tersumbat
- Obesiti
- Masalah pembentukan tulang muka
- Hypothyroidism
- Acromegaly - masalah hormon pertumbuhan yang berlebihan
- Masalah sinus
- Postur tidur yang tidak betul
- Masalah paru-paru
Dapatkan rehat yang anda perlukan dengan tidur yang berkualiti.
Memandangkan gejala ini telah berlangsung sejak sekian lamanya, dan dikhuatiri dapat menganggu kualiti tidur anda, sebaiknya anda mendapatkan perawatan untuk masalah ini. Bagaimanapun, untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.