Sulit
3 tahun
Masalah pernafasan dan penyelesaian
Sye wanita 20an. Sye ada masalah pernafasan dan Sye tidur berdengkur lebih kuat dari lelaki. Kadang Sye nafas biasa pun orang boleh dengar Sye nafas berbunyi. Keluarga Sye tiada yang semput kecuali ayah Sye seorang. Jadi Sye berfikir untuk buat operation untuk luaskan pernafasan Sye. Jadi apa pandangan doktor?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Melalui penerangan anda, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah berdengkur ini berlaku apabila anda tidak dapat menghirup dan menghembus udara dengan bebas melalui hidung dan tekak semasa tidur. Ini menjadikan tisu di sekitarnya bergetar, yang menghasilkan bunyi dengkuran. Oleh disebabkan udara sukar untuk masuk dan keluar ketika anda tidar sedar semasa tidur, berlaku kekurangan oksigen. Hal ini lah yang menyebabkan anda bernafas dengan kuat bagi mengganti balik hutang oksigen badan anda.
Masalah berdengkur ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- berat badan berlebihan
- tonsil yang membengkak
- obstructive sleep apnea
Cara untuk mengatasi masalah ini adalah bergantung kepada punca masalah anda. Jika berat badan berlebihan, anda disarankan untuk mengurangkan berat badan. Anda juga disarankan tidur secara menelentang agar membuka ruang udara pada saluran mulut untuk masuk dengan luas agar bunyi tidak terhasil sewaktu tidur. Untuk mengetahui rawatan yang tepat puncanya haruslah diketahui terlebih dahulu, begitu juga dengan pembedahan yang anda fikirkan. Maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.